BOIKOT Utusan dan Berita selagi ada JUDI

Adalah dengan ini PMBAJNS http://pmbaj.blogspot.com (Pergerakan Melayu Bebas Arak dan Judi Negeri Sembilan) menyeru kepada semua umat Islam yang prihatin agar menyelamatkan bangsa Melayu daripada najis judi yang semakin berleluasa yang merosakkan bangsa Melayu.

JOM KITA BOIKOT UTUSAN MALAYSIA , BERITA HARIAN , HARIAN METRO DAN LAIN-LAIN AKHBAR BERBAHASA MELAYU SELAGI KEPUTUSAN JUDI DAN IKLAN JUDI DISIARKAN

SELAMATKAN ORANG MELAYU DARI NAJIS JUDI !
HIDUP MELAYU ! HIDUP MELAYU ! HIDUP MELAYU !

MESTI BACA ARTIKEL MARAHKAN AKHBAR MELAYU DI BAWAH !

Utusan Melayu & Judi Magnum 4D
http://malaysianews.abufaris.com/conflict/utusan-melayu-judi-magnum-4d/

Judi, Cina hormat Islam tapi akhbar Melayu ?
http://waghih.blogspot.com/2009/06/judi-cina-hormat-islam-tapi-akhbar.html

Akhbar Harian Metro Jadi Kitab Rujukan Kaki Judi
http://www.anwaribrahimclub.com/2009/06/akhbar-harian-metro-jadi-kitab-rujukan-kaki-judi/

Apa kejadahnya
http://pjans.net/2009/06/apa-kejadahnya/

Petisyen Pergerakan Melayu Bebas Arak dan Judi

Adalah dengan ini PMBAJNS (Pergerakan Melayu Bebas Arak dan Judi Negeri Sembilan) menyeru kepada semua umat Islam yang prihatin agar menandatangani petisyen secara online untuk menyelamatkan bangsa Melayu daripada najis arak dan judi yang semakin berleluasa yang merosakkan bangsa ini bukan sahaja di kalangan orang dewasa bahkan ianya telah menular ke remaja sekolah rendah khususnya di Negeri Sembilan.

Petisyen ini ditujukan kepada semua agensi kerajaan yang bertanggungjawab antaranya Pihak Berkuasa Tempatan , Majlis Perbandaran , Majlis Daerah , Majlis Agama Islam Negeri Sembilan , Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dan Polis.

SELAMATKAN ORANG MELAYU DARI NAJIS ARAK DAN JUDI !
HIDUP MELAYU ! HIDUP MELAYU ! HIDUP MELAYU !

Sila klik pada pautan berikut untuk menyokong petisyen ini http://www.petitiononline.com/pmbajns/petition.html


Berikut adalah tuntutan petisyen kami :

1. KAWALAN PEMBERIAN LESEN
Pihak kami menggesa agar pemberian lesen rumah judi serta lesen penjualan arak adalah terkawal dan tidak melibatkan orang Islam secara langsung atau tidak langsung.

2. LARANGAN JUALAN KEPADA ORANG ISLAM
2. Sepertimana yang termaktub dalam Rang Undang-Undang Rumah Perjudian Terbuka (Pindaan) 2000 Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 kerajaan telah mengadakan kawalan yang ketat ke atas aktiviti perjudian yang di antaranya adalah, kerajaan tidak lagi mengeluarkan lesen-lesen baru bagi semua bentuk perjudian dan adalah dilarang orang yang beragama Islam, mereka di bawah umur 21 tahun dan murid sekolah daripada memasuki premis-premis perjudian.

3. PENAMBAHAN ANGGOTA PENGUATKUASA JABATAN AGAMA
Pihak kami juga menggesa agar Penguatkuasa Jabatan Agama Islam menguatkuasakan Seksyen 79A Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) (Pindaan)
2004 yang menyatakan : “Orang Islam yang berjudi atau didapati berada di tempat perjudian adalah melakukan suatu kesalahan di bawah dan apabila disabitkan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM 3,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya” .

4. LARANGAN PEKERJA ISLAM BEKERJA DI KEDAI ARAK DAN JUDI
Dalam isu penjualan minuman keras ataupun arak menurut syarat-syarat pemegang lesen di bawah Seksyen 35 Akta Eksais 1976 , Lesen Kedai Runcit, Peniaga Borong dan Rumah Awam telah menetapkan antaranya pemegang lesen runcit tidak dibenarkan pelanggannya minum arak di kedainya, mempamerkan lesennya pada setiap masa di suatu tempat yang mudah dilihat di premis berlesen, hendaklah beroperasi antara waktu-waktu yang ditetapkan, pemegang lesen tidak boleh mengadakan atau membenarkan sebarang pertunjukkan muzik atau lain-lain hiburan dalam premis berlesen kecuali mendapat kebenaran Ketua Pegawai Polis atau Pesuruhjaya Polis, pemegang lesen tidak boleh membenarkan pelanggannya mabuk atau melakukan kekacauan atau perjudian di dalam premis berlesennya, pemegang lesen tidak boleh membekal atau menjual liquor kepada seseorang yang mabuk atau seseorang yang dibawah umur 18 tahun, pemegang lesen tidak boleh menjual liquor yang memabukkan kepada seseorang yang beragama Islam, hendaklah mengadakan Papan Kenyataan "MEMINUM ARAK DAN SEUMPAMA DENGANNYA ADALAH HARAM BAGI ORANG-ORANG ISLAM". Papan Kenyataan ini hendaklah dipamerkan di bahagian bar bagi rumah-rumah awam. Pemegang terlebih dahulu hendaklah mendapat lesen iklan daripada Majlis Daerah, Pemegang Lesen Rumah Awam tidak dibenarkan mengambil/menempatkan pekerja wanita/lelaki Islam di bahagian bar.

PERGERAKAN MELAYU BEBAS ARAK DAN JUDI NEGERI SEMBILAN

Isnin, 17 Mei 2010

ANAK TEGUK ‘AIR SETAN’

ANAK TEGUK ‘AIR SETAN’
Harian Metro 2010/05/14

SEREMBAN: Kebiasaannya ibu bapa bimbang pembabitan anak-anak mereka dalam penagihan dadah, namun keadaan sebaliknya berlaku di Senawang, dekat sini, apabila segelintir remaja dikesan aktif meneguk ‘air setan’.

Ini berikutan, ada di kalangan ibu bapa terbabit menemui beberapa botol arak yang baru digunakan di kawasan rumah tinggal sekitar kawasan perumahan yang dipercayai diminum remaja Islam.

Sebelum ini, aktiviti meminum arak itu tidak berlaku di kawasan berkenaan, tetapi penemuan beberapa botol arak di kawasan perumahan itu meresahkan ramai pihak terutama ibu bapa kerana dikhuatiri kegiatan itu turut membabitkan ahli keluarga mereka.

Malah, kegiatan tidak sihat itu kemungkinan akan terus berleluasa jika tiada tindakan tegas.

Penduduk, Wan Ahmad Arshad, 43, berkata pihaknya menemui lebih 10 botol arak pelbagai jenama berselerak di kawasan rumah tinggal di Taman Tasik Jaya, Senawang, yang dipercayai digunakan segelintir remaja dan belia pada sebelah malam terutama hujung minggu.

Beliau berkata, pihaknya percaya kawasan rumah tinggal itu dijadikan tempat mereka melepak pada malam hari terutama hujung minggu sambil meneguk minuman keras.

“Saya terkejut apabila menemui beberapa botol arak yang baru digunakan di sebuah rumah tinggal di kawasan ini dan saya percaya mereka remaja dan belia yang menggunakannya kerana beberapa penduduk setempat pernah terserempak mereka.

“Malah, kumpulan remaja dan belia ini sering membuat bising pada malam hari hingga mengganggu ketenteraman penduduk berhampiran. Saya percaya ada kemungkinan kumpulan sama melakukan kegiatan meminum air setan ini,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya berharap ahli jawatankuasa persatuan penduduk atau Kawasan Rukun Tetangga (KR)T) membuat siasatan dan pemantauan bagi memastikan kegiatan tidak sihat itu dibanteras.


Katanya, tindakan proaktif pemimpin dan penduduk setempat penting bagi memastikan kegiatan terbabit tidak terus berleluasa hingga mungkin akan mendorong remaja atau individu lain turut terbabit, sekali gus mengundang pelbagai gejala sosial lain.

“Saya juga bimbang jika kegiatan mereka ini tidak dipantau akan menjejaskan imej taman perumahan ini, sekali gus mencemarkan nama baik penduduk,” katanya.

Sementara itu, Ketua Perhubungan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Cawangan Negeri Sembilan, Mohd Fadil Baharuddin, berkata kegiatan minum arak yang dilakukan remaja dikesan di kebanyakan tempat di Senawang sejak kebelakangan ini.

Katanya, antara lokasi yang sering menjadi tumpuan ialah Taman Komersial Senawang, Taman Cempaka dan Dataran Senawang.

“Tindakan proaktif pihak berkuasa agama perlu bagi memastikan kegiatan ini tidak terus berleluasa kerana kebanyakannya membabitkan belia Melayu,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Khuatiranakteguk__8216_airsetan__8217_/Article

REMAJA TEGUK AIR SETAN
Harian Metro 2009/12/31

SEREMBAN: Beberapa kawasan di Bandar Baru Senawang, dekat sini, kini dikenalpasti menjadi tempat melepak kumpulan remaja liar sambil meneguk air setan berikutan penemuan beberapa botol arak di lokasi berkenaan.

Aktiviti mereka itu dipercayai dilakukan pada waktu malam atau awal pagi.

Tinjauan menemui beberapa botol arak pelbagai jenama dan saiz termasuk dikawasan kaki lima pusat perniagaan Taman Cempaka, Dataran Senawang dan kawasan berhampiran sekolah rendah.

Penemuan beberapa botol arak itu bukannya baru, malah kegiatan mereka dipercayai sudah lama berlaku terutama pada malam minggu dan sehingga kini dikesan terus berleluasa.

Setiap pagi, pasti terdapat sekurang-kurangnya tujuh botol arak bersepah di kawasan terbabit, walaupun botol minuman keras itu pada hari sebelumnya sudah dibersihkan.

Ketua Perhubungan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Cawangan Negeri Sembilan, Mohd Fadil Baharuddin, 41, berkata pihaknya mula mengesan aktiviti minum arak dipercayai dilakukan golongan muda sejak beberapa bulan lalu.

http://www.hmetro.com.my/articles/Remaja-teguk-air-setan/Article

0 comments:

Catat Ulasan