BOIKOT Utusan dan Berita selagi ada JUDI

Adalah dengan ini PMBAJNS http://pmbaj.blogspot.com (Pergerakan Melayu Bebas Arak dan Judi Negeri Sembilan) menyeru kepada semua umat Islam yang prihatin agar menyelamatkan bangsa Melayu daripada najis judi yang semakin berleluasa yang merosakkan bangsa Melayu.

JOM KITA BOIKOT UTUSAN MALAYSIA , BERITA HARIAN , HARIAN METRO DAN LAIN-LAIN AKHBAR BERBAHASA MELAYU SELAGI KEPUTUSAN JUDI DAN IKLAN JUDI DISIARKAN

SELAMATKAN ORANG MELAYU DARI NAJIS JUDI !
HIDUP MELAYU ! HIDUP MELAYU ! HIDUP MELAYU !

MESTI BACA ARTIKEL MARAHKAN AKHBAR MELAYU DI BAWAH !

Utusan Melayu & Judi Magnum 4D
http://malaysianews.abufaris.com/conflict/utusan-melayu-judi-magnum-4d/

Judi, Cina hormat Islam tapi akhbar Melayu ?
http://waghih.blogspot.com/2009/06/judi-cina-hormat-islam-tapi-akhbar.html

Akhbar Harian Metro Jadi Kitab Rujukan Kaki Judi
http://www.anwaribrahimclub.com/2009/06/akhbar-harian-metro-jadi-kitab-rujukan-kaki-judi/

Apa kejadahnya
http://pjans.net/2009/06/apa-kejadahnya/

Petisyen Pergerakan Melayu Bebas Arak dan Judi

Adalah dengan ini PMBAJNS (Pergerakan Melayu Bebas Arak dan Judi Negeri Sembilan) menyeru kepada semua umat Islam yang prihatin agar menandatangani petisyen secara online untuk menyelamatkan bangsa Melayu daripada najis arak dan judi yang semakin berleluasa yang merosakkan bangsa ini bukan sahaja di kalangan orang dewasa bahkan ianya telah menular ke remaja sekolah rendah khususnya di Negeri Sembilan.

Petisyen ini ditujukan kepada semua agensi kerajaan yang bertanggungjawab antaranya Pihak Berkuasa Tempatan , Majlis Perbandaran , Majlis Daerah , Majlis Agama Islam Negeri Sembilan , Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dan Polis.

SELAMATKAN ORANG MELAYU DARI NAJIS ARAK DAN JUDI !
HIDUP MELAYU ! HIDUP MELAYU ! HIDUP MELAYU !

Sila klik pada pautan berikut untuk menyokong petisyen ini http://www.petitiononline.com/pmbajns/petition.html


Berikut adalah tuntutan petisyen kami :

1. KAWALAN PEMBERIAN LESEN
Pihak kami menggesa agar pemberian lesen rumah judi serta lesen penjualan arak adalah terkawal dan tidak melibatkan orang Islam secara langsung atau tidak langsung.

2. LARANGAN JUALAN KEPADA ORANG ISLAM
2. Sepertimana yang termaktub dalam Rang Undang-Undang Rumah Perjudian Terbuka (Pindaan) 2000 Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 kerajaan telah mengadakan kawalan yang ketat ke atas aktiviti perjudian yang di antaranya adalah, kerajaan tidak lagi mengeluarkan lesen-lesen baru bagi semua bentuk perjudian dan adalah dilarang orang yang beragama Islam, mereka di bawah umur 21 tahun dan murid sekolah daripada memasuki premis-premis perjudian.

3. PENAMBAHAN ANGGOTA PENGUATKUASA JABATAN AGAMA
Pihak kami juga menggesa agar Penguatkuasa Jabatan Agama Islam menguatkuasakan Seksyen 79A Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) (Pindaan)
2004 yang menyatakan : “Orang Islam yang berjudi atau didapati berada di tempat perjudian adalah melakukan suatu kesalahan di bawah dan apabila disabitkan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM 3,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya” .

4. LARANGAN PEKERJA ISLAM BEKERJA DI KEDAI ARAK DAN JUDI
Dalam isu penjualan minuman keras ataupun arak menurut syarat-syarat pemegang lesen di bawah Seksyen 35 Akta Eksais 1976 , Lesen Kedai Runcit, Peniaga Borong dan Rumah Awam telah menetapkan antaranya pemegang lesen runcit tidak dibenarkan pelanggannya minum arak di kedainya, mempamerkan lesennya pada setiap masa di suatu tempat yang mudah dilihat di premis berlesen, hendaklah beroperasi antara waktu-waktu yang ditetapkan, pemegang lesen tidak boleh mengadakan atau membenarkan sebarang pertunjukkan muzik atau lain-lain hiburan dalam premis berlesen kecuali mendapat kebenaran Ketua Pegawai Polis atau Pesuruhjaya Polis, pemegang lesen tidak boleh membenarkan pelanggannya mabuk atau melakukan kekacauan atau perjudian di dalam premis berlesennya, pemegang lesen tidak boleh membekal atau menjual liquor kepada seseorang yang mabuk atau seseorang yang dibawah umur 18 tahun, pemegang lesen tidak boleh menjual liquor yang memabukkan kepada seseorang yang beragama Islam, hendaklah mengadakan Papan Kenyataan "MEMINUM ARAK DAN SEUMPAMA DENGANNYA ADALAH HARAM BAGI ORANG-ORANG ISLAM". Papan Kenyataan ini hendaklah dipamerkan di bahagian bar bagi rumah-rumah awam. Pemegang terlebih dahulu hendaklah mendapat lesen iklan daripada Majlis Daerah, Pemegang Lesen Rumah Awam tidak dibenarkan mengambil/menempatkan pekerja wanita/lelaki Islam di bahagian bar.

PERGERAKAN MELAYU BEBAS ARAK DAN JUDI NEGERI SEMBILAN

Khamis, 24 Disember 2009

Tahi judi tak pernah serik

Berita Harian 24 Dis 09


SEORANG wanita bersama anaknya menilik nasib sebelum membeli nombor ekor di Kuantan.

Ada ibu bapa Muslim tanpa segan silu bawa anak masuk kedai nombor ekor

KUANTAN: Tidak serik. Biarpun larangan ke atas umat Islam memasuki premis perjudian di Pahang berkuat kuasa 12 Mac lalu selepas mendapat perkenan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, ia seolah-olah tidak memberi sebarang kesan kepada 'tahi judi' di negeri itu.

Sebaliknya, mereka tanpa rasa bersalah atau segan dengan selamba masuk ke premis perjudian, termasuk menilik nasib kerana masih percaya bahawa ia boleh memberi kekayaan sekelip mata.

Mengikut Seksyen 169 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982, umat Islam yang berbuat demikian boleh dikenakan hukuman denda RM2,000 atau satu tahun penjara atau kedua-duanya.

Bagaimanapun, ia seperti dipandang remeh dan langsung tidak menakutkan segelintir umat Islam di sini supaya menjauhi daripada melakukan perkara yang sia-sia itu.

Tinjauan Edisi Timur mendapati ada di kalangan mereka yang mengunjungi premis menjual nombor ramalan di sekitar daerah ini sambil ‘ditemani’ ahli keluarga termasuk anak.

Mengulas perbuatan itu, Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Maip), Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan, berkata perbuatan bapa membawa anak membeli nombor ekor dianggap keterlaluan.

Mereka seolah-olah turut mengheret ahli keluarga untuk sama-sama bersekongkol melakukan perbuatan tidak bermoral sekali gus memberi tanggapan negatif kepada umat Islam lain.

Perbuatan itu seolah-olah mendidik kanak-kanak tanpa sedar kerana gerak-geri orang dewasa akan diperhatikan dan tidak mustahil menjadi ikutan apabila dewasa kelak.

Katanya, seorang bapa sepatutnya menunjukkan nilai murni kepada anak mereka dan bukannya bertindak membawa anak ke tempat yang dilarang bagi mengelak dipengaruhi dan mengikut jejak bapanya apabila dewasa.

“Dalam hal ini, saya kecewa dan berasa terkilan kerana perbuatan itu sememangnya tidak wajar ditunjukkan kepada kanak-kanak yang mudah mengingati perlakuan orang dewasa terutama kanak-kanak yang berusia tiga tahun ke atas.

“Mereka sepatutnya sensitif dan tidak menunjukkan perlakuan negatif kepada kanak-kanak yang masih mentah dan tidak mengenal dosa dan pahala,” katanya.

Namun, Wan Abdul Wahid berkata, jika perbuatan itu berterusan, beliau bimbang kanak-kanak terbabit akan mengikut perbuatan yang dilihat apabila dewasa kelak.

“Oleh itu, umat Islam dinasihatkan tidak mengunjungi kedai nombor ramalan yang sememangnya ditegah Islam bagi memastikan mereka bebas daripada perbuatan sia-sia.

“Bukan saja haram di sisi Islam, malah wang hasil kemenangan itu sememangnya tidak berkat apabila diberi kepada keluarga terutama isteri dan anak,” katanya.

Sementara itu, seorang pesara, Zakaria Ahmad, 60, berkata beliau amat terkilan perlakuan seorang ayah yang sanggup membawa anaknya memasuki premis terbabit.

Katanya, jika sikap seperti itu tidak ditegah daripada awal, beliau bimbang ia menjadi kebiasaan kepada umat Islam, sedangkan membeli nombor ramalan adalah haram.

“Oleh itu, saya meminta pihak berkuasa terutama Jaip mengambil tindakan tegas terhadap orang Islam yang memasuki dan membeli nombor sebagai peringatan kepada individu lain,” katanya.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Wilayah/20091224080751/Article/index_html

Selasa, 22 Disember 2009

Akhbar Melayu ada Iklan Judi ulas Isu Judi

Samalah macam ayah yang pakai baju Carlsberg , marahkan anak minum arak

Kaki judi Melayu
Berita Harian 22 Dis 2009
Premis tikam ekor di Semabok jadi tumpuan umat Islam


TIGA lelaki Melayu keluar masuk di sebuah premis judi di Semabok.

MELAKA: Peringatan 'Judi adalah haram bagi orang Islam' di setiap kedai nombor ekor termasuk di negeri ini, kini boleh dianggap sekadar hiasan, berikutan segelintir masyarakat Islam, dilihat keluar masuk ke premis terbabit seolah-olah 'menghalalkan' aktiviti yang diharamkan.

Hanya kerana mahukan kekayaan dalam sekelip mata, kaki judi ini sanggup melabur banyak wang sehingga ribuan ringgit bagi mengejar pulangan lumayan, walaupun hanya segelintir daripada mereka sebenarnya yang bernasib baik.

Malah, ada antara mereka sanggup menggunakan bomoh ekor kononnya dapat membantu memberi petunjuk mendapatkan nombor bertuah.

Selain itu, ada juga tahi judi ini sanggup meminjam wang daripada keluarga dan sahabat semata-mata memenuhi tabiat berjudi. Ada pula yang bukan saja membeli satu tiket nombor ekor, malah puluhan tiket dengan harapan mampu memperoleh habuan wang ringgit yang dihajati. Hakikatnya, ramai kerugian akibat tabiat itu.

Tinjauan Berita Harian di beberapa kedai nombor ekor sekitar Semabok, Melaka Tengah, dekat sini, baru-baru ini mendapati premis terbabit mendapat sambutan masyarakat Islam.

Berdasarkan pengamatan, kebanyakan pembeli berusia antara 20-an hingga 40-an dan mereka tanpa segan silu sanggup berbaris panjang bersama-sama bukan Islam memegang kertas dan pen untuk membeli nombor ekor.

Ada juga yang memakai topi keledar ketika membeli nombor ekor bagi mengaburi pandangan ramai atau pihak berkuasa.

Selain rakyat tempatan, premis itu juga menjadi 'destinasi pilihan' warga asing untuk mencuba nasib.

Tinjauan juga mendapati terdapat segelintir suami yang tergamak membiarkan isteri kepanasan menunggu di dalam kereta di tepi jalan dalam keadaan jalan sesak bagi membolehkan mereka membeli nombor.

Lebih mendukacitakan apabila si suami yang selamba keluar dari kereta biarpun gelagatnya dilihat orang ramai yang lalu lalang berhampiran kedai nombor ekor.

Malah, lebih mengaibkan si isteri yang kelihatan 'alim' dengan bertudung seolah-olah memberi restu kepada suami demi mendapatkan wang segera dengan cara paling mudah.

Faktor lain yang menyumbang pertambahan bilangan tahi judi Melayu ini berikutan kakitangan premis perjudian nombor ekor memberi kerjasama dengan menjual nombor ekor tanpa menghiraukan status pembeli.

Seorang kaki judi Melayu yang hanya mahu dikenali sebagai Rahmat, berkata urusan membeli nombor ekor cukup mudah dengan hanya membayar duit dan menulis nombor ekor atas sekeping kertas.

Beliau mengakui memperuntukkan minimum RM200 seminggu untuk membeli nombor ekor walaupun tidak selalu menang.

"Jika dikira jumlah wang yang saya laburkan sudah mencecah puluhan ribu ringgit sejak mula membeli nombor ramalan di universiti, namun saya tidak berputus asa untuk terus mencuba nasib," katanya yang mendakwa sukar menghentikan tabiat itu biarpun sudah berumahtangga dan mempunyai tiga anak.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), Rahimin Bani ketika dihubungi berkata, pihaknya baru-baru ini menahan 16 individu yang membeli nombor ekor di sekitar kawasan Melaka Tengah.

Katanya, semua yang ditangkap didakwa mengikut Seksyen 81 di bawah Enakmen Kesalahan Syariah negeri 1991 iaitu berjudi, sabit kesalahan boleh didenda RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya.

"Tindakan ini bukan saja dikenakan kepada mereka yang membeli nombor ekor tetapi individu yang berada di dalam premis juga boleh dikenakan tindakan sama. Kita akan sentiasa melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi mengelakkan kegiatan ini terus mencemar nama Islam.

"Jaim hanya mampu menyebarkan kefahaman dan menyedarkan masyarakat Islam mengenai kepentingan mematuhi ajaran agama dan mencegah daripada melakukan perbuatan yang dilarang agama. Soalnya ia terpulang kepada individu atau kelompok masyarakat Islam itu sendiri untuk mengubah pandangan mereka untuk terbabit atau menghindarkan diri daripada melakukan perkara yang dilarang," katanya.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Wilayah/20091222073559/Article/index_html

BERSAMA BANTERAS ARAK DAN JUDI , MUSUH NO 1 UMAT ISLAM DI MALAYSIA

Jumaat, 18 Disember 2009

Penagih arak tegar cemar Felda Jelai 1

Sinar Harian 17 Dis 09

GEMAS – Felda yang diilhamkan Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein seakan-akan dirosakkan segelintir warganya di Felda Jelai 1, di sini, yang tanpa segan silu meminum arak.

Tambah menyedihkan, masalah penagihan arak haram ini dialami masyarakat pelbagai lapisan umur merangkumi remaja belasan tahun, dewasa dan warga emas yang meminumnya di khalayak ramai.

Umat Islam diharamkan meminum arak, namun lain pula di kawasan ini apabila segelintir warganya seolah-olah tidak menghiraukan ketetapan hukum yang sudah ditetapkan Allah SWT.

Sinar Harian difahamkan, arak haram ini mudah didapati selain kadar harga yang murah dan dijual peneroka berbangsa India dan Cina sekali gus menjadikan ia bagaikan barangan runcit harian yang diperlukan segelintir warga Felda Jelai 1.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6186795.asp

Rabu, 9 Disember 2009

Kaki botol cetus kebimbangan penduduk

Utusan Malaysia 9 Disember 2009

JELEBU 8 Dis. - "Sudah lama masalah ini berlaku di kawasan ini namun ia makin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini."


Itulah keluhan penduduk perihal tabiat kaki botol di sekitar kawasan Kampung Kerangai dekat sini yang bimbang gejala sosial di kalangan masyarakat setempat bercambah di kalangan generasi muda.

Walaupun ada undang-undang yang menyekat pembelian arak di kalangan orang ramai namun ia tidak cukup memberikan sebarang kesan kepada si kaki botol yang dilihat meminum minuman keras secara semberono.

Ketua Kampung Kerangai, Mohd. Halil Abas memberitahu, fenomena yang berlaku di kawasan itu sudah lama mendapat perhatian namun golongan kaki botol itu seolah-olah tidak faham dengan sensitiviti masyarakat beragama Islam.

Ujar beliau, kebanyakan kaki botol ini berasal dari penduduk Orang Asli namun ia dibimbangi akan melarat kepada muda-mudi yang ingin mencuba 'penangan' arak jenis murah itu.

"Biasanya mereka akan mula mendapatkan 'bekalan' sejak awal pagi lagi hingga ke malam. Sehinggakan ada di kalangan mereka sanggup membantu membuka kedai untuk mendapatkannya.

"Kebiasaannya mereka beramai-ramai akan minum di kawasan kedai kosong berdekatan sehingga mencetuskan rasa kurang selesa penduduk," katanya ketika ditemui di sini.

Tinjauan Utusan Malaysia ke kampung terbabit mendapati sebuah kedai lama yang dipanggil 'rumah hantu' oleh penduduk tempatan merupakan 'sarang kaki botol' untuk minum arak.

Berdasarkan maklumat harga arak yang dijual sekitar RM5 hingga RM20 dan istilah minum arak untuk mengajak rakan lain turut serta yang diguna oleh kaki botol terbabit ialah 'hamkem'.

Seorang penduduk, Adli Haminori, 34, berkata, berdasarkan pemerhatian beliau, hanya dua sahaja kedai yang mempunyai permit menjual minuman keras itu tetapi hakikatnya terdapat juga kedai lain yang berbuat demikian.

Tambah beliau, lebih dari itu, ada juga premis menjual minuman keras di kawasan pusat siber yang mana orang ramai yang mengunjunginya boleh menikmatinya dengan mudah.

"Berdasarkan maklumat yang saya terima kebanyakan minuman keras itu adalah jenis samsu yang dilihat lebih murah dan dibeli dengan mudah oleh orang ramai.

"Namun apa yang menjadi kebimbangan saya ialah sekiranya ia dibiarkan begitu sahaja tanpa pengawalan, orang ramai boleh terjebak untuk membelinya secara sembunyi," ujarnya.

Bagi Mohd. Arif Jibir Wahab, 44, kegiatan seperti itu seharusnya diambil berat oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menyekatnya walaupun ada tindakan susulan telah diambil oleh pihak polis.

Jelas beliau, penjualan arak secara terbuka hanya akan menyebabkan masalah-masalah lain seperti kecurian, rogol dan sebagainya, di mana akan mencetuskan keadaan tidak selesa di kalangan penduduk.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1209&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_04.htm

Selasa, 1 Disember 2009

Arak pemusnah bangsa dan keluarga 1Malaysia





Dua beradik serang bapa guna parang
Harian Metro 1 Dis 2009

KUALA LUMPUR: Perbuatan biadab dan tidak mengenang budi apabila dua beradik lelaki sanggup mengamuk sebelum menyerang bapa kandung mereka dengan parang gara-gara tidak berpuas hati selepas tidak diberikan wang seperti diminta.

Tindakan ganas dua beradik lelaki berusia 20-an terbabit menyebabkan jari tangan bapa mereka itu putus.

“Dua beradik itu meminta bapa mereka memberikan wang RM100 namun mangsa enggan memenuhi permintaan itu kerana menyedari ia digunakan untuk tujuan tidak sihat.

“Keengganan mangsa memberikan wang menyebabkan dua beradik terbabit naik angin sebelum memarahi mangsa dengan pelbagai kata-kata kesat. Mereka meninggalkan rumah itu dalam keadaan marah,” katanya.

BAGAIMANAPUN, MEREKA KEMBALI SEMULA KE RUMAH ITU DALAM KEADAAN MABUK KIRA-KIRA SEJAM KEMUDIAN SEBELUM MEMBUAT BISING DI LUAR RUMAH.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Setempat/20091201012359/Article/index_html