BOIKOT Utusan dan Berita selagi ada JUDI

Adalah dengan ini PMBAJNS http://pmbaj.blogspot.com (Pergerakan Melayu Bebas Arak dan Judi Negeri Sembilan) menyeru kepada semua umat Islam yang prihatin agar menyelamatkan bangsa Melayu daripada najis judi yang semakin berleluasa yang merosakkan bangsa Melayu.

JOM KITA BOIKOT UTUSAN MALAYSIA , BERITA HARIAN , HARIAN METRO DAN LAIN-LAIN AKHBAR BERBAHASA MELAYU SELAGI KEPUTUSAN JUDI DAN IKLAN JUDI DISIARKAN

SELAMATKAN ORANG MELAYU DARI NAJIS JUDI !
HIDUP MELAYU ! HIDUP MELAYU ! HIDUP MELAYU !

MESTI BACA ARTIKEL MARAHKAN AKHBAR MELAYU DI BAWAH !

Utusan Melayu & Judi Magnum 4D
http://malaysianews.abufaris.com/conflict/utusan-melayu-judi-magnum-4d/

Judi, Cina hormat Islam tapi akhbar Melayu ?
http://waghih.blogspot.com/2009/06/judi-cina-hormat-islam-tapi-akhbar.html

Akhbar Harian Metro Jadi Kitab Rujukan Kaki Judi
http://www.anwaribrahimclub.com/2009/06/akhbar-harian-metro-jadi-kitab-rujukan-kaki-judi/

Apa kejadahnya
http://pjans.net/2009/06/apa-kejadahnya/

Petisyen Pergerakan Melayu Bebas Arak dan Judi

Adalah dengan ini PMBAJNS (Pergerakan Melayu Bebas Arak dan Judi Negeri Sembilan) menyeru kepada semua umat Islam yang prihatin agar menandatangani petisyen secara online untuk menyelamatkan bangsa Melayu daripada najis arak dan judi yang semakin berleluasa yang merosakkan bangsa ini bukan sahaja di kalangan orang dewasa bahkan ianya telah menular ke remaja sekolah rendah khususnya di Negeri Sembilan.

Petisyen ini ditujukan kepada semua agensi kerajaan yang bertanggungjawab antaranya Pihak Berkuasa Tempatan , Majlis Perbandaran , Majlis Daerah , Majlis Agama Islam Negeri Sembilan , Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dan Polis.

SELAMATKAN ORANG MELAYU DARI NAJIS ARAK DAN JUDI !
HIDUP MELAYU ! HIDUP MELAYU ! HIDUP MELAYU !

Sila klik pada pautan berikut untuk menyokong petisyen ini http://www.petitiononline.com/pmbajns/petition.html


Berikut adalah tuntutan petisyen kami :

1. KAWALAN PEMBERIAN LESEN
Pihak kami menggesa agar pemberian lesen rumah judi serta lesen penjualan arak adalah terkawal dan tidak melibatkan orang Islam secara langsung atau tidak langsung.

2. LARANGAN JUALAN KEPADA ORANG ISLAM
2. Sepertimana yang termaktub dalam Rang Undang-Undang Rumah Perjudian Terbuka (Pindaan) 2000 Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 kerajaan telah mengadakan kawalan yang ketat ke atas aktiviti perjudian yang di antaranya adalah, kerajaan tidak lagi mengeluarkan lesen-lesen baru bagi semua bentuk perjudian dan adalah dilarang orang yang beragama Islam, mereka di bawah umur 21 tahun dan murid sekolah daripada memasuki premis-premis perjudian.

3. PENAMBAHAN ANGGOTA PENGUATKUASA JABATAN AGAMA
Pihak kami juga menggesa agar Penguatkuasa Jabatan Agama Islam menguatkuasakan Seksyen 79A Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) (Pindaan)
2004 yang menyatakan : “Orang Islam yang berjudi atau didapati berada di tempat perjudian adalah melakukan suatu kesalahan di bawah dan apabila disabitkan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM 3,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya” .

4. LARANGAN PEKERJA ISLAM BEKERJA DI KEDAI ARAK DAN JUDI
Dalam isu penjualan minuman keras ataupun arak menurut syarat-syarat pemegang lesen di bawah Seksyen 35 Akta Eksais 1976 , Lesen Kedai Runcit, Peniaga Borong dan Rumah Awam telah menetapkan antaranya pemegang lesen runcit tidak dibenarkan pelanggannya minum arak di kedainya, mempamerkan lesennya pada setiap masa di suatu tempat yang mudah dilihat di premis berlesen, hendaklah beroperasi antara waktu-waktu yang ditetapkan, pemegang lesen tidak boleh mengadakan atau membenarkan sebarang pertunjukkan muzik atau lain-lain hiburan dalam premis berlesen kecuali mendapat kebenaran Ketua Pegawai Polis atau Pesuruhjaya Polis, pemegang lesen tidak boleh membenarkan pelanggannya mabuk atau melakukan kekacauan atau perjudian di dalam premis berlesennya, pemegang lesen tidak boleh membekal atau menjual liquor kepada seseorang yang mabuk atau seseorang yang dibawah umur 18 tahun, pemegang lesen tidak boleh menjual liquor yang memabukkan kepada seseorang yang beragama Islam, hendaklah mengadakan Papan Kenyataan "MEMINUM ARAK DAN SEUMPAMA DENGANNYA ADALAH HARAM BAGI ORANG-ORANG ISLAM". Papan Kenyataan ini hendaklah dipamerkan di bahagian bar bagi rumah-rumah awam. Pemegang terlebih dahulu hendaklah mendapat lesen iklan daripada Majlis Daerah, Pemegang Lesen Rumah Awam tidak dibenarkan mengambil/menempatkan pekerja wanita/lelaki Islam di bahagian bar.

PERGERAKAN MELAYU BEBAS ARAK DAN JUDI NEGERI SEMBILAN

Sabtu, 29 Ogos 2009

Tak segan tikam ekor

Berita Harian 28 Ogos 2009
Kaki judi Muslim tidak hormat kesucian Ramadan

MELAKA: Memalukan! itulah ungkapan sesuai untuk merujuk sikap segelintir umat Islam di sekitar Bandaraya Melaka Bersejarah ini yang secara terbuka melanggar adab berpuasa, apabila tanpa segan silu memasuki premis menjual tiket nombor ramalan yang jelas bertujuan untuk berjudi.

Tinjauan di beberapa kedai berkenaan di sekitar bandaraya ini mendapati, umat Islam, kebanyakan lelaki pertengahan usia tidak segan silu `menikam' nombor ekor biarpun sedar mereka sebenarnya melanggar hukum syarak.

Ketika dihampiri dan disapa, ada yang selamba memberitahu, mereka sebenarnya membeli 'geran' untuk pelaburan masa hadapan.

Mengimbas tiket di tangannya, penulis melihat urutan nombor yang dibeli dengan sejumlah wang yang agak besar cukup untuk membelanja empat rakan dewasa berbuka puasa di restoran mewah yang mengenakan bayaran sekurang-kurangnya RM33 seorang.

Selain itu, tinjauan penulis juga mendapati, ada segelintir belia Melayu turut sanggup diperalatkan sindiket peramal nombor judi untuk mengedarkan risalah berkaitan aktiviti berkenaan di cermin hadapan kenderaan yang diletakkan di sekitar bandaraya ini.

Satu risalah yang berjaya diperolehi Berita Harian mendapati, seorang lelaki yang dipercayai keturunan Cina menggelar dirinya 'Tok Guru Myanmar', menggunakan info dalam Bahasa Melayu dan Cina untuk memujuk kaki ekor menghubungi mereka bagi mendapatkan nombor ramalan bertuah.

Mengikut risalah itu, Tok Guru Myanmar berkenaan boleh dihubungi di talian tertentu dan sedia memberikan panduan secara percuma kepada pelanggannya untuk mendapatkan empat nombor ekor yang boleh memenangi hadiah utama.

Usahanya menjejaknya berhasil selepas penulis cuba menghubunginya tetapi beliau mahu pemanggil menghantar nama penuh, tarikh lahir dan negeri asal kelahiran sebelum memberikan nombor ramalan yang mampu memenangi tiga hadiah utama.

Seorang `kaki judi' yang hanya mahu dikenali Din ketika ditemui, mengakui risalah seperti itu banyak memerangkap orang Islam di sekitar bandaraya ini dan tempat lain yang akhirnya ketagih untuk membeli tiket judi berkenaan.

"Tok Guru ini kerap menukar alamat, sekejap di Jitra dan sekejap di Sungai Petani tetapi daripada perbualan saya dengannya, Tok Guru mengakui, orang Melayu paling kerap menghubunginya untuk mendapatkan bimbingan mengenai nombor sesuai untuk dibeli.

"Dia lazimnya akan melayani setiap pertanyaan pemanggilnya. Dia akan menghantar nombor ramalan yang diminta ke telefon bimbit pemanggilnya secara percuma selepas mendapat butir kelahiran dan nama penuh pemanggilnya,'' katanya.

Din bagaimanapun belum 'bernasib baik' kerana nombor ramalan yang diberi tok guru itu belum mengena tetapi mengakui terus ketagih untuk berjudi, lebih-lebih lagi apabila tertarik dengan godaan risalah yang diedarkan sindiket peramal nombor judi

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Wilayah/20090828084739/Article/index_html

1 comments:

  1. Tengok...betulkan aku kata...orang islam sendiri yang tak tahu malu. Dah tahu arak tu haram, dia minum juga. Dah tahu judi tu haram, dia judi juga. So sekarang siapa yang salah? Perlukah memboikot peniaga? Perlukah memboikot surat khabar? Mereka cuma peniaga. Kesian...peniaga juga akhirnya disalahkan.

    BalasPadam