BOIKOT Utusan dan Berita selagi ada JUDI

Adalah dengan ini PMBAJNS http://pmbaj.blogspot.com (Pergerakan Melayu Bebas Arak dan Judi Negeri Sembilan) menyeru kepada semua umat Islam yang prihatin agar menyelamatkan bangsa Melayu daripada najis judi yang semakin berleluasa yang merosakkan bangsa Melayu.

JOM KITA BOIKOT UTUSAN MALAYSIA , BERITA HARIAN , HARIAN METRO DAN LAIN-LAIN AKHBAR BERBAHASA MELAYU SELAGI KEPUTUSAN JUDI DAN IKLAN JUDI DISIARKAN

SELAMATKAN ORANG MELAYU DARI NAJIS JUDI !
HIDUP MELAYU ! HIDUP MELAYU ! HIDUP MELAYU !

MESTI BACA ARTIKEL MARAHKAN AKHBAR MELAYU DI BAWAH !

Utusan Melayu & Judi Magnum 4D
http://malaysianews.abufaris.com/conflict/utusan-melayu-judi-magnum-4d/

Judi, Cina hormat Islam tapi akhbar Melayu ?
http://waghih.blogspot.com/2009/06/judi-cina-hormat-islam-tapi-akhbar.html

Akhbar Harian Metro Jadi Kitab Rujukan Kaki Judi
http://www.anwaribrahimclub.com/2009/06/akhbar-harian-metro-jadi-kitab-rujukan-kaki-judi/

Apa kejadahnya
http://pjans.net/2009/06/apa-kejadahnya/

Petisyen Pergerakan Melayu Bebas Arak dan Judi

Adalah dengan ini PMBAJNS (Pergerakan Melayu Bebas Arak dan Judi Negeri Sembilan) menyeru kepada semua umat Islam yang prihatin agar menandatangani petisyen secara online untuk menyelamatkan bangsa Melayu daripada najis arak dan judi yang semakin berleluasa yang merosakkan bangsa ini bukan sahaja di kalangan orang dewasa bahkan ianya telah menular ke remaja sekolah rendah khususnya di Negeri Sembilan.

Petisyen ini ditujukan kepada semua agensi kerajaan yang bertanggungjawab antaranya Pihak Berkuasa Tempatan , Majlis Perbandaran , Majlis Daerah , Majlis Agama Islam Negeri Sembilan , Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dan Polis.

SELAMATKAN ORANG MELAYU DARI NAJIS ARAK DAN JUDI !
HIDUP MELAYU ! HIDUP MELAYU ! HIDUP MELAYU !

Sila klik pada pautan berikut untuk menyokong petisyen ini http://www.petitiononline.com/pmbajns/petition.html


Berikut adalah tuntutan petisyen kami :

1. KAWALAN PEMBERIAN LESEN
Pihak kami menggesa agar pemberian lesen rumah judi serta lesen penjualan arak adalah terkawal dan tidak melibatkan orang Islam secara langsung atau tidak langsung.

2. LARANGAN JUALAN KEPADA ORANG ISLAM
2. Sepertimana yang termaktub dalam Rang Undang-Undang Rumah Perjudian Terbuka (Pindaan) 2000 Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 kerajaan telah mengadakan kawalan yang ketat ke atas aktiviti perjudian yang di antaranya adalah, kerajaan tidak lagi mengeluarkan lesen-lesen baru bagi semua bentuk perjudian dan adalah dilarang orang yang beragama Islam, mereka di bawah umur 21 tahun dan murid sekolah daripada memasuki premis-premis perjudian.

3. PENAMBAHAN ANGGOTA PENGUATKUASA JABATAN AGAMA
Pihak kami juga menggesa agar Penguatkuasa Jabatan Agama Islam menguatkuasakan Seksyen 79A Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) (Pindaan)
2004 yang menyatakan : “Orang Islam yang berjudi atau didapati berada di tempat perjudian adalah melakukan suatu kesalahan di bawah dan apabila disabitkan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM 3,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya” .

4. LARANGAN PEKERJA ISLAM BEKERJA DI KEDAI ARAK DAN JUDI
Dalam isu penjualan minuman keras ataupun arak menurut syarat-syarat pemegang lesen di bawah Seksyen 35 Akta Eksais 1976 , Lesen Kedai Runcit, Peniaga Borong dan Rumah Awam telah menetapkan antaranya pemegang lesen runcit tidak dibenarkan pelanggannya minum arak di kedainya, mempamerkan lesennya pada setiap masa di suatu tempat yang mudah dilihat di premis berlesen, hendaklah beroperasi antara waktu-waktu yang ditetapkan, pemegang lesen tidak boleh mengadakan atau membenarkan sebarang pertunjukkan muzik atau lain-lain hiburan dalam premis berlesen kecuali mendapat kebenaran Ketua Pegawai Polis atau Pesuruhjaya Polis, pemegang lesen tidak boleh membenarkan pelanggannya mabuk atau melakukan kekacauan atau perjudian di dalam premis berlesennya, pemegang lesen tidak boleh membekal atau menjual liquor kepada seseorang yang mabuk atau seseorang yang dibawah umur 18 tahun, pemegang lesen tidak boleh menjual liquor yang memabukkan kepada seseorang yang beragama Islam, hendaklah mengadakan Papan Kenyataan "MEMINUM ARAK DAN SEUMPAMA DENGANNYA ADALAH HARAM BAGI ORANG-ORANG ISLAM". Papan Kenyataan ini hendaklah dipamerkan di bahagian bar bagi rumah-rumah awam. Pemegang terlebih dahulu hendaklah mendapat lesen iklan daripada Majlis Daerah, Pemegang Lesen Rumah Awam tidak dibenarkan mengambil/menempatkan pekerja wanita/lelaki Islam di bahagian bar.

PERGERAKAN MELAYU BEBAS ARAK DAN JUDI NEGERI SEMBILAN

Rabu, 17 Jun 2009

BOIKOT Utusan dan Berita selagi ada JUDI


Adalah dengan ini PMBAJNS http://pmbaj.blogspot.com/ (Pergerakan Melayu Bebas Arak dan Judi Negeri Sembilan) menyeru kepada semua umat Islam yang prihatin agar menyelamatkan bangsa Melayu daripada najis judi yang semakin berleluasa yang merosakkan bangsa Melayu.

JOM KITA BOIKOT UTUSAN MALAYSIA , BERITA HARIAN , HARIAN METRO DAN LAIN-LAIN AKHBAR BERBAHASA MELAYU SELAGI KEPUTUSAN JUDI DAN IKLAN JUDI DISIARKAN

SELAMATKAN ORANG MELAYU DARI NAJIS JUDI !
HIDUP MELAYU ! HIDUP MELAYU ! HIDUP MELAYU !

MESTI BACA ARTIKEL MARAHKAN AKHBAR MELAYU DI BAWAH !

Utusan Melayu & Judi Magnum 4D
http://malaysianews.abufaris.com/conflict/utusan-melayu-judi-magnum-4d/

Judi, Cina hormat Islam tapi akhbar Melayu ?
http://waghih.blogspot.com/2009/06/judi-cina-hormat-islam-tapi-akhbar.html

Akhbar Harian Metro Jadi Kitab Rujukan Kaki Judi
http://www.anwaribrahimclub.com/2009/06/akhbar-harian-metro-jadi-kitab-rujukan-kaki-judi/

Apa kejadahnya
http://pjans.net/2009/06/apa-kejadahnya/

12 ulasan:

  1. Kau ni apahal?? Sakit ke?? Kau ingat bangsa melayu je beli akhbar berita harian, utusan dan metro. Di sabah dan sarawak, tak semua bangsa melayu. Kami juga bukan beragama islam. Tapi sedar sikitlah. Jika berbanding kamu orang melayu, kami penduduk asal pribumi malaysia. Walaupun majoriti kami tidak sebesar mana. Tapi kami tak buat kerja gila. Jika kerana disebabkan agama kamu yang melarang, maka kamu berang. Kami peduli apa..Malaysia bukan untuk melayu sahaja. Jika kamu rasa cina dan india itu pendatang. Kamu siasat dahulu asal usul nenek moyangmu.

    BalasPadam
  2. AKU TAK NAK TUMBUH EKOR...6 Oktober 2009 2:24 PTG

    Eleh tololnya Melayu tu... kalau orang bukan Melayu tak beli...kau jadi PAPA KEDANA KE? otak singkat...berapa sen surat kabar tu dapat dengan iklan judi tu..BOLEH ke buat satu projek perumahan untuk Melayu yang miskin tak berumah...aku tengok dah berpuluh tahun iklan judi tu...tak de pulak surat kabar tu buat projek pun...kalau buat pun HARAM...apa tah lagi tak buat...tak reti HUKUM ISLAM KE...

    BalasPadam
  3. jangan boikot dari membeli akhbar berikut kerna ia akan menjejaskan pendapatan kami sebagai pengeluar kertas suratkhabar di malaysia...jadi kesihanilah kami ....anak melayu.

    BalasPadam
  4. Akhbar Melayu di boikot akhbar bahasa lain taklah boikot. Tulah asyik belajar agama. makin banyak belajar agama makin pendek akal.
    Agama tu sikit aje.

    BalasPadam
  5. tak ada satu agamapun yg membolehkan judi. Dlm islam ia haram. Berdosa melaku,atau subahat.

    BalasPadam
  6. Kau ni apahal?? Sakit ke?? Kau ingat bangsa melayu je beli akhbar berita harian, utusan dan metro. Di sabah dan sarawak, tak semua bangsa melayu. Kami juga bukan beragama islam. Tapi sedar sikitlah. Jika berbanding kamu orang melayu, kami penduduk asal pribumi malaysia. Walaupun majoriti kami tidak sebesar mana. Tapi kami tak buat kerja gila. Jika kerana disebabkan agama kamu yang melarang, maka kamu berang. Kami peduli apa..Malaysia bukan untuk melayu sahaja. Jika kamu rasa cina dan india itu pendatang. Kamu siasat dahulu asal usul nenek moyangmu.

    -----------------

    nenek moyang kau sendiri kau tau ke sapa?
    orang Islam nak boikot kami punya pasal la
    orang bukan Islam taknak boikot ada kami kisah?

    fahami maksud boikot. bukan suruh tutup kilang suratkhabar tu.

    bangga sangat jadi peribumi tapi hasil apa pun takde.

    tak sangka pulak agama lain benarkan judi.
    dah kalah bunuh diri. elok sangat lah tu.

    BalasPadam
  7. makin lama makin bodoh lah umat islam kalau asyik baca surat khabar yang beritanya 24jam politik sakan...langsung takda ilmu & rencana yang mengembangkan ilmu...paling-paling pun iklan obat kuat ja penuh

    BalasPadam
  8. sudah-sudah le sokong akhbar ni makin tertutup fikiran. tukar le ke akhbar yang lebih memberi manafaat, akhbar bulletin rakyat ke, sinar ke.

    BalasPadam
  9. orang yang tak faham kebenaran itu dari Tuhan sahaja yang kommen Tuhan dan agama.pada hal lahir-lahir sahaja dia sudah berada diatas bumi ciptaan Tuhan dan menyedut udaraNya. belajarlah bersyukur kepada Tuhan dengan menjauhi judi dan arak.

    BalasPadam
  10. kita hidup dalam negara malaysia yg terdapat pelbagai kaum, jika sesuatu kaum yg selalu menyentuh perasaan kaum lain,berkemungkinan besar akan berlaku resuhan kaum....

    BalasPadam
  11. arak dan judi tidak perlu diharamkan kerana ia merupakan salah satu faktor yang menarik minat pelancong dari luar negara seprti negara-negara barat dan timur untk melancong di negara kita. ini menyebabkan masyarakt kita dapat jana pendapatan tambahan daripada pelancongan. jika negara kita hanya harap pelancong dari negara-negara belah Arab,sebanyak manakah jumlah pelancong dari negera Arab yang melancong di negara kita dibandingkan pelancong dari negara-negara barat dan timur yang jumlahnya lebih banyak.

    BalasPadam
  12. macammana dgn iklan besaqkan batang mcm dlm harakah?

    BalasPadam