BOIKOT Utusan dan Berita selagi ada JUDI

Adalah dengan ini PMBAJNS http://pmbaj.blogspot.com (Pergerakan Melayu Bebas Arak dan Judi Negeri Sembilan) menyeru kepada semua umat Islam yang prihatin agar menyelamatkan bangsa Melayu daripada najis judi yang semakin berleluasa yang merosakkan bangsa Melayu.

JOM KITA BOIKOT UTUSAN MALAYSIA , BERITA HARIAN , HARIAN METRO DAN LAIN-LAIN AKHBAR BERBAHASA MELAYU SELAGI KEPUTUSAN JUDI DAN IKLAN JUDI DISIARKAN

SELAMATKAN ORANG MELAYU DARI NAJIS JUDI !
HIDUP MELAYU ! HIDUP MELAYU ! HIDUP MELAYU !

MESTI BACA ARTIKEL MARAHKAN AKHBAR MELAYU DI BAWAH !

Utusan Melayu & Judi Magnum 4D
http://malaysianews.abufaris.com/conflict/utusan-melayu-judi-magnum-4d/

Judi, Cina hormat Islam tapi akhbar Melayu ?
http://waghih.blogspot.com/2009/06/judi-cina-hormat-islam-tapi-akhbar.html

Akhbar Harian Metro Jadi Kitab Rujukan Kaki Judi
http://www.anwaribrahimclub.com/2009/06/akhbar-harian-metro-jadi-kitab-rujukan-kaki-judi/

Apa kejadahnya
http://pjans.net/2009/06/apa-kejadahnya/

Petisyen Pergerakan Melayu Bebas Arak dan Judi

Adalah dengan ini PMBAJNS (Pergerakan Melayu Bebas Arak dan Judi Negeri Sembilan) menyeru kepada semua umat Islam yang prihatin agar menandatangani petisyen secara online untuk menyelamatkan bangsa Melayu daripada najis arak dan judi yang semakin berleluasa yang merosakkan bangsa ini bukan sahaja di kalangan orang dewasa bahkan ianya telah menular ke remaja sekolah rendah khususnya di Negeri Sembilan.

Petisyen ini ditujukan kepada semua agensi kerajaan yang bertanggungjawab antaranya Pihak Berkuasa Tempatan , Majlis Perbandaran , Majlis Daerah , Majlis Agama Islam Negeri Sembilan , Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dan Polis.

SELAMATKAN ORANG MELAYU DARI NAJIS ARAK DAN JUDI !
HIDUP MELAYU ! HIDUP MELAYU ! HIDUP MELAYU !

Sila klik pada pautan berikut untuk menyokong petisyen ini http://www.petitiononline.com/pmbajns/petition.html


Berikut adalah tuntutan petisyen kami :

1. KAWALAN PEMBERIAN LESEN
Pihak kami menggesa agar pemberian lesen rumah judi serta lesen penjualan arak adalah terkawal dan tidak melibatkan orang Islam secara langsung atau tidak langsung.

2. LARANGAN JUALAN KEPADA ORANG ISLAM
2. Sepertimana yang termaktub dalam Rang Undang-Undang Rumah Perjudian Terbuka (Pindaan) 2000 Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 kerajaan telah mengadakan kawalan yang ketat ke atas aktiviti perjudian yang di antaranya adalah, kerajaan tidak lagi mengeluarkan lesen-lesen baru bagi semua bentuk perjudian dan adalah dilarang orang yang beragama Islam, mereka di bawah umur 21 tahun dan murid sekolah daripada memasuki premis-premis perjudian.

3. PENAMBAHAN ANGGOTA PENGUATKUASA JABATAN AGAMA
Pihak kami juga menggesa agar Penguatkuasa Jabatan Agama Islam menguatkuasakan Seksyen 79A Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) (Pindaan)
2004 yang menyatakan : “Orang Islam yang berjudi atau didapati berada di tempat perjudian adalah melakukan suatu kesalahan di bawah dan apabila disabitkan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM 3,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya” .

4. LARANGAN PEKERJA ISLAM BEKERJA DI KEDAI ARAK DAN JUDI
Dalam isu penjualan minuman keras ataupun arak menurut syarat-syarat pemegang lesen di bawah Seksyen 35 Akta Eksais 1976 , Lesen Kedai Runcit, Peniaga Borong dan Rumah Awam telah menetapkan antaranya pemegang lesen runcit tidak dibenarkan pelanggannya minum arak di kedainya, mempamerkan lesennya pada setiap masa di suatu tempat yang mudah dilihat di premis berlesen, hendaklah beroperasi antara waktu-waktu yang ditetapkan, pemegang lesen tidak boleh mengadakan atau membenarkan sebarang pertunjukkan muzik atau lain-lain hiburan dalam premis berlesen kecuali mendapat kebenaran Ketua Pegawai Polis atau Pesuruhjaya Polis, pemegang lesen tidak boleh membenarkan pelanggannya mabuk atau melakukan kekacauan atau perjudian di dalam premis berlesennya, pemegang lesen tidak boleh membekal atau menjual liquor kepada seseorang yang mabuk atau seseorang yang dibawah umur 18 tahun, pemegang lesen tidak boleh menjual liquor yang memabukkan kepada seseorang yang beragama Islam, hendaklah mengadakan Papan Kenyataan "MEMINUM ARAK DAN SEUMPAMA DENGANNYA ADALAH HARAM BAGI ORANG-ORANG ISLAM". Papan Kenyataan ini hendaklah dipamerkan di bahagian bar bagi rumah-rumah awam. Pemegang terlebih dahulu hendaklah mendapat lesen iklan daripada Majlis Daerah, Pemegang Lesen Rumah Awam tidak dibenarkan mengambil/menempatkan pekerja wanita/lelaki Islam di bahagian bar.

PERGERAKAN MELAYU BEBAS ARAK DAN JUDI NEGERI SEMBILAN

Selasa, 13 Januari 2009

Hukum Sebat Kerana Minum Arak di Pahang




Disebat padah minum arak
KUANTAN - Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan mengikut hukum syariah ke atas seorang lelaki dan seorang wanita yang mengaku bersalah meminum arak.

Hakim Datuk Abdul Rahman Yunus menjatuhkan hukuman itu selepas kedua-dua tertuduh, Mohd. Nasir Mohamad @ Sulaiman, 38, dan Noorazah Baharuddin, 22, mengaku melakukan perbuatan yang dilarang oleh agama Islam itu tahun lalu.

Mohd. Nasir dituduh meminum arak jenama Tiger Beer di Fun Pub, Holliday Villa, Cherating, pada 11 Julai lalu, pukul 11.37 malam. Dia telah berkeluarga dan mempunyai empat orang anak, bekerja dengan sebuah syarikat perkapalan di Kemaman, Terengganu.

Sementara itu, Noorazah yang bekerja sebagai seorang pelayan di sini, dituduh meminum arak jenama Heineken di Black Forest Pub, Jalan Gambut dekat sini, pukul 1.20 pagi pada 12 Julai tahun lalu.

Kedua-dua tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan dihukum di bawah Seksyen 4 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (Pindaan) 1987.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0113&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm

6 comments:

  1. sudah tiba masa nya kita laksana kan hudud kpd org islam di malaysia..

    BalasPadam
  2. semoga ianya menjadi tauladan kpd masyarakat..insaf lah...

    BalasPadam
  3. Pada hemat saya tiada apa yang boleh dibanggakan dalam hal ini...

    1. Nama hukuman mirip pada hukum hudud tetapi perlaksanaannya menurut hukum sivil British - Denda, penjara dan 6 sebatan sivil, ini bukan berlandaskan hukum Islam dan ia satu penganiayaan dan kezaliman.

    2. Perlaksanaan undang-undang tidak menyeluruh. Adakah hanya ikan-ikan bilis sahaja yang dikena hukuman? Bagaimana dengan ikan jerung dan ikan paus?

    3. Tidak membendung gejala minum arak kerana Pub dan nite club diberi lesen dan masih beroperasi seperti biasa. Ibarat membasmi nyamuk aedes, tetapi takungan pembiakan masih berselerak dimerata tempat.

    4. Bagaimana dengan gejala-gejala lain yang lebih serius dan berleluasa seperti murtad - adakah kita akan melaksanakan hukum bunuh? Dan mencuri -adakah kita akan mengenakan hukum potong tangan. Atau kita juga menggunapakai pula hukuman lain yang lebih 'civilized' juga bersumber daripada penjajah?

    Apakah kita bersikap memilih-milih dan merubah-rubah hukum2 yang telah ditetapkan? Lantas kita seperti mereka yang ditempelak didlm Al-Quran (2:85), "...patutkah kamu percaya sebahagian daripada kitab dan mengingkari kepada sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu diantara kamu, selain dari kehinaan dari kehidupan dunia, dan pada hari Kiamat akan ditimpa dengan azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah) Allah swt tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan".

    Pada pandangan saya, kedua-dua undang2 adalah 'valid' asalkan dilaksanakan secara menyeluruh, berasingan dan bukan double standard-misalnya hukum sivil dan hukum syariah dikenakan ke atas orang Islam, manakala orang bukan Islam hanya hukum sivil sahaja.

    Dan sesungguhnya "tidak mengenakan hukuman terhadap seseorang pesalah adalah lebih baik kedudukannya daripada menghukum dengan cara bathil dan zalim"

    Wassallam
    manusia biasa

    BalasPadam
  4. Assalammualaikum dan selamat berpuasa kepada semua.

    Saya ingin bertukar pendapat tentang sebatan untuk Peminum
    arak di mana Allah tidak menurunkan hukuman yang sedemikian;


    Allah swt berfirman;-
    Mereka menanyakan kepada engkau tentang Minuman keras dan judi
    katakan;pada keduanya itu ada dosa besar dan ada manfaatnya kepada
    manusia,tetapi dosanya lebih banyak dari manfaatnya.Al-Baqarah:219.
    ------------------------------------------------------------------------------------------------------

    Hai orang yang beriman! janganlah kamu hampiri sembahyang,ketika
    kamu sedang mabuk, sampai kamu mengetahui apa yang kamu katakan.
    Surah Annisaa;Ayat 43.

    ------------------------------------------------------------------------------------------------------
    Hai orang-orang yang beriman! Minuman keras, main judi,
    Berhala Mangundi Nasib dengan panah itu,sesungguhnya
    perbuatan kotor, termasuk pekerjaan syeitan, sebab itu
    hendaklah kamu tinggalkan, supaya kamu beruntung.

    Syeitan benar-benar hendak menjatuhkan kamu kedalam permusuhan
    dan berbenci-bencian di antara sesama kamu, di sebabkan minuman
    keras dan main judi itu,dan dia hendak menghalangi kamu dari mengingati
    Allah dan mengerjakan sembahyang, Mahu kah kamu berhenti?
    Surah Almaidah; Ayat 90-91.

    **************************************************************
    Allah Swt.Tidak menyatakan sebarang sebatan di sini.
    **************************************************************

    Apakah lain dari Allah hendak kucari buat menjadi Hakim,sedang dia menurunkan
    kitab kepada kamu dengan jelasnya, dan orang-orang yang telah kami berikan kitab
    kepadanya mengetahui bahwa kitab itu sebenarnya diwahyukan tuhan,sebab itu
    janganlah engkau termasuk orang-orang yang ragu-ragu.Surah Al-an'aam;Ayat 114.

    -------------------------------------------------------------------------------------------------------
    Hai orang-orang yang beriman! Percayalah kepada Allah dan Rasulnya
    dan kitab yang diturunkan tuhan kepada Rasulnya dan kitab yang diturunkan
    terdahulu, Barang siapa yang tidak percaya kepada Allah,Malaikat-malaikatnya,
    kitab-kitabnya,Rasul-rasulnya dan hari kemudian,sesungguhnya orang itu sesat
    jalan sejauh-jauhnya.Surah Annisaa;Ayat 136.

    *********************************************************************************************
    Allah Swt. menegaskan kita,Mengikut undang-undang kitab yang di turunkannya.
    *********************************************************************************************

    Allah Maha pengasih dan maha Pengampun.
    Semoga Allah merahmati negara kita,
    Assalammualaikum.

    BalasPadam
  5. Inilah sebahagian cara bagaimana mencari duit.. Menggunakan agama sebagai alasan untuk mencari keuntungan. Sokong dengan pendapat "manusia biasa".

    BalasPadam