BOIKOT Utusan dan Berita selagi ada JUDI

Adalah dengan ini PMBAJNS http://pmbaj.blogspot.com (Pergerakan Melayu Bebas Arak dan Judi Negeri Sembilan) menyeru kepada semua umat Islam yang prihatin agar menyelamatkan bangsa Melayu daripada najis judi yang semakin berleluasa yang merosakkan bangsa Melayu.

JOM KITA BOIKOT UTUSAN MALAYSIA , BERITA HARIAN , HARIAN METRO DAN LAIN-LAIN AKHBAR BERBAHASA MELAYU SELAGI KEPUTUSAN JUDI DAN IKLAN JUDI DISIARKAN

SELAMATKAN ORANG MELAYU DARI NAJIS JUDI !
HIDUP MELAYU ! HIDUP MELAYU ! HIDUP MELAYU !

MESTI BACA ARTIKEL MARAHKAN AKHBAR MELAYU DI BAWAH !

Utusan Melayu & Judi Magnum 4D
http://malaysianews.abufaris.com/conflict/utusan-melayu-judi-magnum-4d/

Judi, Cina hormat Islam tapi akhbar Melayu ?
http://waghih.blogspot.com/2009/06/judi-cina-hormat-islam-tapi-akhbar.html

Akhbar Harian Metro Jadi Kitab Rujukan Kaki Judi
http://www.anwaribrahimclub.com/2009/06/akhbar-harian-metro-jadi-kitab-rujukan-kaki-judi/

Apa kejadahnya
http://pjans.net/2009/06/apa-kejadahnya/

Petisyen Pergerakan Melayu Bebas Arak dan Judi

Adalah dengan ini PMBAJNS (Pergerakan Melayu Bebas Arak dan Judi Negeri Sembilan) menyeru kepada semua umat Islam yang prihatin agar menandatangani petisyen secara online untuk menyelamatkan bangsa Melayu daripada najis arak dan judi yang semakin berleluasa yang merosakkan bangsa ini bukan sahaja di kalangan orang dewasa bahkan ianya telah menular ke remaja sekolah rendah khususnya di Negeri Sembilan.

Petisyen ini ditujukan kepada semua agensi kerajaan yang bertanggungjawab antaranya Pihak Berkuasa Tempatan , Majlis Perbandaran , Majlis Daerah , Majlis Agama Islam Negeri Sembilan , Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dan Polis.

SELAMATKAN ORANG MELAYU DARI NAJIS ARAK DAN JUDI !
HIDUP MELAYU ! HIDUP MELAYU ! HIDUP MELAYU !

Sila klik pada pautan berikut untuk menyokong petisyen ini http://www.petitiononline.com/pmbajns/petition.html


Berikut adalah tuntutan petisyen kami :

1. KAWALAN PEMBERIAN LESEN
Pihak kami menggesa agar pemberian lesen rumah judi serta lesen penjualan arak adalah terkawal dan tidak melibatkan orang Islam secara langsung atau tidak langsung.

2. LARANGAN JUALAN KEPADA ORANG ISLAM
2. Sepertimana yang termaktub dalam Rang Undang-Undang Rumah Perjudian Terbuka (Pindaan) 2000 Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 kerajaan telah mengadakan kawalan yang ketat ke atas aktiviti perjudian yang di antaranya adalah, kerajaan tidak lagi mengeluarkan lesen-lesen baru bagi semua bentuk perjudian dan adalah dilarang orang yang beragama Islam, mereka di bawah umur 21 tahun dan murid sekolah daripada memasuki premis-premis perjudian.

3. PENAMBAHAN ANGGOTA PENGUATKUASA JABATAN AGAMA
Pihak kami juga menggesa agar Penguatkuasa Jabatan Agama Islam menguatkuasakan Seksyen 79A Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) (Pindaan)
2004 yang menyatakan : “Orang Islam yang berjudi atau didapati berada di tempat perjudian adalah melakukan suatu kesalahan di bawah dan apabila disabitkan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM 3,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya” .

4. LARANGAN PEKERJA ISLAM BEKERJA DI KEDAI ARAK DAN JUDI
Dalam isu penjualan minuman keras ataupun arak menurut syarat-syarat pemegang lesen di bawah Seksyen 35 Akta Eksais 1976 , Lesen Kedai Runcit, Peniaga Borong dan Rumah Awam telah menetapkan antaranya pemegang lesen runcit tidak dibenarkan pelanggannya minum arak di kedainya, mempamerkan lesennya pada setiap masa di suatu tempat yang mudah dilihat di premis berlesen, hendaklah beroperasi antara waktu-waktu yang ditetapkan, pemegang lesen tidak boleh mengadakan atau membenarkan sebarang pertunjukkan muzik atau lain-lain hiburan dalam premis berlesen kecuali mendapat kebenaran Ketua Pegawai Polis atau Pesuruhjaya Polis, pemegang lesen tidak boleh membenarkan pelanggannya mabuk atau melakukan kekacauan atau perjudian di dalam premis berlesennya, pemegang lesen tidak boleh membekal atau menjual liquor kepada seseorang yang mabuk atau seseorang yang dibawah umur 18 tahun, pemegang lesen tidak boleh menjual liquor yang memabukkan kepada seseorang yang beragama Islam, hendaklah mengadakan Papan Kenyataan "MEMINUM ARAK DAN SEUMPAMA DENGANNYA ADALAH HARAM BAGI ORANG-ORANG ISLAM". Papan Kenyataan ini hendaklah dipamerkan di bahagian bar bagi rumah-rumah awam. Pemegang terlebih dahulu hendaklah mendapat lesen iklan daripada Majlis Daerah, Pemegang Lesen Rumah Awam tidak dibenarkan mengambil/menempatkan pekerja wanita/lelaki Islam di bahagian bar.

PERGERAKAN MELAYU BEBAS ARAK DAN JUDI NEGERI SEMBILAN

Ahad, 28 Disember 2008

KEDAI YANG MENJUAL ARAK

Lihat sahaja kedai-kedai sekitar Senawang yang menjual arak secara bebas kepada orang Melayu. Walaupun ada tertulis pada rak arak bahawa tidak boleh jual pada orang Islam , tapi tak pernah kita dengar orang Islam kena saman beli arak.

TAK PAKAI TALIPINGGANG BELAKANG KENA SAMAN , TAPI ORANG ISLAM YANG BELI ARAK , YANG BELI NOMBOR EKOR , TAK ADA TINDAKAN LANGSUNG, TAK ADA KEMPEN LANGSUNG. MANA PERGI PENGUATKUASAAN ? TALIPINGGANG LAGI BAHAYA DARIPADA ARAK DAN JUDI KE ?



Sekarang lihat saja botol-botol arak kosong yang bersepah di Dataran Senawang , depan Taman Matahari Height malah di Taman Permainan Kanak-Kanak sekitar Senawang.

Tahu tak botol kosong ini boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Negara sedang dilanda wabak Denggi dan Chikugunya. Adakah ini balasan ALLAH kepada umat Islam di Malaysia yang hanya berpeluk tubuh dan sentiasa mengambil sikap tunggu dan lihat ?

5 comments:

  1. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

    Tahniah ana ucapkan atas kemunculan blog ini. Teruskan perjuangan Amar Maaruf Nahi Mungkar..

    BalasPadam
  2. "TAK PAKAI TALIPINGGANG BELAKANG KENA SAMAN , TAPI ORANG ISLAM YANG BELI ARAK , YANG BELI NOMBOR EKOR , TAK ADA TINDAKAN LANGSUNG, TAK ADA KEMPEN LANGSUNG. MANA PERGI PENGUATKUASAAN ? TALIPINGGANG LAGI BAHAYA DARIPADA ARAK DAN JUDI KE ?"


    Suka ana dengan kata-kata ini.Siapa lagi kalau bukan kita yang merubahnya. Nak tunggu pihak berkuasa..seperti bulan jatuh keriba akibatnya. mana mungkin segera, tetapi sangat memakan masa bertahun-tahun.

    Ana merasakan Negeri kita ini khususnya di Kawasan Seremban wajar menubuhkan satu skuad seakan URUSETIA MENANGANI GEJALA SOSIAL yang telah diwujudkan bawah Exco Belia Dan Sukan Negeri Kedah.

    Alhamdulillah baru2 ini Ustaz Kamaruddin sendiri telah bersemangat memberikan bimbingan juga dorongan untuk peserta LANDAS di Negeri Sembilan. walau tidak ramai, namun ana berpuas hati dan sangat bersyukur kerana diberikan kesempatan lagi menyertainya.

    Maka besarlah harapan ana agar kita wujudkan sedemikian untuk melaksanakan tuntutan Amar Ma`ruf Nahi Mungkar, insya`allah.

    Salam Perjuangan Fie Sabilillah.

    BalasPadam
  3. amal makruf,nahi mungkar...

    Arak itu sendiri dgn mudahnye didapati dipasaran,kedai runcit.Org2 Melayu nih sendiri,kebanyakannya 'ISLAM' nya mereka kerana keturunan...so,mcm mana agaknya,jln terbaik utk mencegah segala kemungkaran nih??

    Tax/ Duti import/eksport arak,adalah salah satu sumber hasil negara(tidak tahu besar atau kecil peratusnya).Utk pembangunan,kemajuan,pendidikan rakyat,kemuadahan dan mcm2 lagi...kenapa kerajaan yang memerintah itu sendiri tidak bertindak membuangkan 'perniagaan arak' itu sendiri drpd list hasil pendapatan negara?? oh,mungkin kerana negara Malaysia kita ini,didiami oleh rakyat yang berbilang kaum,berbilang agama...so,peng'HARAM'an bisnes arak ini agak sukar...walaupon negara ini diketuai oleh seorang yang beragama Islam...erm,...

    Negara Malaysia,adalah salah satu negara Islam yang sedang membangun.Saya masih mengharapkan,negara kita ini menjadi satu negara Islam contoh kepada negara2 Islam yang lain.Kerana,jika dilihat status yang layak utk negara kita ini hanyalah sebuah negara Islam Sekular...jika hanya masalah 'arak' ini masih menjadi satu isu.jika difikarkan oleh rakyat2 yang agaknya cetek akalnya ini,masih banyakkkkk yang boleh dilakukan oleh pihak berkuasa/kerajaan yang memerintah utk 'membuang' bisnes arak ini,seterusnya mencegah anak2 Islam menjdaikan arak ini sebagai santapan mereka.

    Satu maklumat yang sy pernah terima,salah satu kedai serbaneka 7-11 (bukan nama sebenar) di Bangi telah 'mengeluarkan' arak daripada premis mereka kerana satu komuniti Islam disana membantah keras ttg penjualan 'cecair' itu kawasan jemaah mereka.Alhamdulillah,amal makruf nahi mungkar sudah dilakukan oleh mereka2 yang sedar akan tanggungjawab mereka.Maka berkemungkinan 1% kawasan penempatan masyarakat Islam di Malaysia ini sudah bersih dari arak.Bagaimana pula dgn kawasan2 lain?? Ahlil-ahlil kawasan lain mcm mana?? InsyaAllah....

    Tapi kalau mereka2 yang berkuasa masih membawa keluar masuk 'cecair' minuman ini,dan memberikan kebenaran kpd kilang2 utk menghasilkannya........

    komen bukan utk menuduh atau menuding jari kpd sesiapa,hanya supaya kita berfikir....setiap manusia ada kelemahan,dan sesama manusialah perlu memperingatkan sesama yang lain.

    ...amal makruf nahi mungkar berterusan.

    ~ua~

    BalasPadam
  4. Tokoh agama lain di Malaysia pernah berkata, arak dan judi bukan budaya mereka. Apa yang kerajaan sekular hadhari nak pertahankan lagi musuh-musuh Islam yang utama ni? Tentulah cukainya yang menguntungkan.

    BalasPadam
  5. Kesimpulannya...kat malaysia jerk...

    Negara luar sana, banyak kedai menjual arak, tak kecoh pun. Peminum pun ramai, tak semua yang mabuk malah arak dianggap sebagai minuman yang dihormati dan dihidang dimajlis-majlis tinggi tertentu. Wine, champage minuman yang cukup dihormati.

    Nyamuk aedes?? Kelakarnya...Kalau dah penduduk situ pengotor, aedes boleh merebak merata-rata. Buang sampah merata-rata. Padan dgn muka. Jgn kata botol arak je, botol pepsi dan coca cola, tin susu dan plastik sampah pun boleh jumpa.

    BalasPadam